Travel Blogs by Travellerspoint

Catatan Dari Bali

catatan dari hasil lawatan kash ke bali pada 6-11hb. januari 2007

ahad - saya bangkit dalam mood yang segar!

bingkas ke dapur - dua toast roti dan secangkir horlicks panas benar2 memberikan saya persepsi baru tentang kehidupan hari ini. biarpun secara fizikalnya saya di malaysia, namun jiwa dan dalaman saya masih di bali.

oh, kash. apa yg special sangat agaknya?

sukar digambarkan dengan kata-kata. bali terlalu istimewa. pertama menjejakkan kaki terasa seperti kehidupan saya baru sahaja bermula - terlalu kuat penangannya.

tidak pernah saya impikan - apatah lagi menjengah sendiri ke pulau esotik yang menjadi sebutan ramai ini.

bali mungkin syurga bagi mereka yang taksub dengannya. namun pada saya, bali lebih dari itu. di bali, segala-galanya adalah tentang anda. anda bebas menjadi diri anda yg sebenar-benarnya. no one will cares about you, what you wearing, it's all yours.

"gw mahu loe janji sama gw. loe harus mencarikan gw pacar di malaysia ya!".

saya pandang jackline. tawa gadis lincah ini serting membuaikan saya. oh, thank for God-sake... am strettt!! hahaha... dan saya dan jackline gelak bersama.

"hey, kashy! loe juga jangan lupa sama gw ya. gw pasti akan rindu sama loe! ikut hati, gw mahu aja loe netap di sini yah...".

Bonny - jejaka kelahiran jakarta, yg juga sepupu kepada jackline. karakternya amat menyenangkan saya. bonny banyak mengajar saya tentang selok-belok dan kehidupan di bali.

"koknya kamu usah pulang ya. netap di sini aja. aku ngak bisa lepaskan kamu si...".

dan, airmata saya berderai di saat mega memeluk saya. erat. saya benci pertemuan. kerana pertemuan bakal membawa perpisahan.

"usah sedih ya mega. gw pasti akan kembali juga ke bali. loe jaga diri baik-baik ya. please tengok-tengok kan bonny dan jackline for me ya. will miss you guys!".

"dengar ya cd yang gw kasi sama loe. 1st track! buat kamu...". sempat bonny memesan semasa di lapangan.

sekilas itu juga wajah bonny hilang dari pandangan. senyuman jackline yang manis, dan derai tawa mega yang bisa meriuhkan suasana - segala-galanya tinggal kenangan. kenangan yang pastinya tak bisa untuk saya lupakan. sebuah kenangan yang cukup indah. bali telah memberikan saya lebih dari yg saya sangkakan. persahabatan, kehidupan serta cara untuk kita lebih menghargai hidup ini.


sabtu, 6 januari 2007
1.30 petang

setelah hampir tiga jam perjalanan dengan pesawat air asia, saya, abang man, kak bai dan kak wan tiba di lapangan terbang ngurah rai di denpasar. sedikit penat namun seronok. selain layanan yang bagus, kredit juga buat air asia kerana perjalanan yang cukup selesa.

dari ngurah rai, kami menaiki teksi untuk check in di kuta. kak wan yg hampir saban tahun ke bali rancak bercerita tentang life dan sosial di sini. pandangan saya teruja dengan beberapa rekabentuk bangunan sepanjang perjalanan ke kuta. semuanya nampak semacam tapi unik.

check in di melasti.

kami tiba di melasti beach bungalows, sebuah hotel yang terletak betul2 di tengah-tengah kesibukan jalan utama di kuta.

dari rekabentuk bangunan, lanskap serta servis ala spa yg ditawarkan di sini, anda pasti terkejut dengan jumlah harga penginapannya semalam. dengan serendah 30US, anda bisa berjalan kaki hampir ke semua tempat2 menarik di kuta. nah, sebut sahaja - ke pantai, cafe hardrock, discovery mall (they got sogo in there, starbucks, hey - rotiboy pun ada etc!) , pasar seni malah banyak lagi.

selesai check in, destinasi pertama - butinuk.

"masakan padangnya enak sekali!", ujar kak wan. kami hanya menurut sahaja sementelah perut masing-masing pun dah lapar.

memang benar kata kak wan, nasi padang di butinuk bisa menambat selera kami. it's juz a warung biasa saha actually. you may try kalau ke bali. masih di daerah kuta juga, berdekatan toko berangan kreatif joger.

menghabiskan petang di hari pertama di bali, kami lepak-lepak di pantai kuta sahaja. sunsetnya indah sekali. dari tangga discovery mall, jelas kelihatan laut yg terbentang luas dengan panorama senja yang sukar digambarkan dengan kata-kata. mmg patut ramai yg memuji, bali syurga dunia...

Posted by stabuxguy 18:49 Comments (0)

Email this entryFacebookStumbleUponRedditDel.icio.usIloho

(Entries 1 - 1 of 1) Page [1]